MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Selangor

Bekas exco Selangor meninggal dunia

Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan, 73, meninggal dunia akibat kanser pankreas di sebuah hospital swasta, dekat Shah Alam, pada pukul 3.34 pagi tadi.

Ketua Umno Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail berkata difahamkan jenazah akan dibawa ke rumahnya di Seksyen 9 Shah Alam dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 pada pukul 11 pagi nanti.

Allahyarham merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara dan bekas Ketua Umno Bahagian Subang.

Selain itu, Allahyarham pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor selama dua penggal dari 1999 hingga 2008.

- Bernama