MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Selangor

Jawatan kosong: RM10 sejam

Gerakan Merah yang pada tahun lalu menganjurkan protes mempertahankan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kali ini tampil dengan pendekatan berbeza: menyasarkan 5,000 belia melakukan “kerja amal”.

Presidennya Mohd Ali Baharom, atau Ali Tinju, kini menawarkan RM10 sejam kepada anak muda.
 
Apa yang mereka perlu lakukan adalah memakai baju yang tertulis “Mempertahankan kerajaan, pemerintah dan negara” sepanjang malakukan kerja amal di program keramaian menampilkan pemimpin kerajaan.
 
Tawaran kerja itu terbuka kepada belia berumur 21 tahun ke atas di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
 
Dan ia bukan semudah itu: pemohon terlebih dulu perlu menghadiri temuduga terbuka sebelum memulakan “kerja” pada Oktober.
 
Ali berkata pergerakannya tidak akan mengikut jejak Bersih 2.0 dengan mengadakan “huru-hara mendesak perdana menteri letak jawatan”, katanya kepada FMT.
 
Katanya, Gerakan Merah mahu mendidik anak muda menjadi individu berguna serta sayangkan negara, bukannya menjadi penentang kepada kerajaan pemerintah dan terjebak dengan aktiviti menagih dadah.
 
Ali Tinju sebelum ini terlibat dalam penganjuran perhimpunan di Kuala Lumpur sebagai membalas perhimpunan Bersih 4 di ambang Hari Kemerdekaan tahun lalu.
 
Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar menjadi ganas dengan beberapa insiden berbaur perkauman, selepas peserta merempuh halangan polis.

- freemalaysiatoday