MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Selangor

Grand Finale Sukan Selangor Plus 31 Oktober

Juara Grand Finale Liga Sukan Selangor Plus 2015 julung kali dianjurkan bakal diketahui 31 Oktober ini.

Bertempat di Kompleks Sukan Sukses, Seksyen 6 di sini, terdapat tiga permainan dipertandingkan iaitu futsal, bola jaring dan bola keranjang dengan konsep tiga lawan tiga.

Finalis terpilih merupakan johan dan naib johan setiap permainan di peringkat DUN pada April dan Mei lalu.

Penyertaan terbanyak diperoleh menerusi futsal dengan 48 pasukan diikuti bola jaring (40) dan bola keranjang (38).

Beberapa acara sampingan seperti Street Workout Challenge 2015 turut diadakan membabitkan acara Free Style Battle,  Max Push Up dan Max Pull Up dan Malaysia Speed Tamiya Championship.

Kategori Free Style Battle dijangka bakal menjadi tumpuan dengan hadiah RM600 beserta medal bagi pemenang tempat pertama.

Sementara kategori Max Push Up dan Max Pull Up pula masing-masing menawarkan hadiah wang tunai RM 250 beserta medal untuk pemenang.

Lebih menarik, Malaysia Speed Tamiya Championship turut dianjurkan dengan hadiah utama berupa wang tunai, trofi serta sijil penyertaan.

- selangorku.com