MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Selangor

Media Selangor jadi media rasmi FAS

Media Selangor diangkat sebagai media rasmi Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk kempen Liga Malaysia musim ini serta program pembangunan bola sepak di Selangor.

Pengurus Selangor, Amirudin Shari, berkata keputusan itu dibuat selaras dengan peranan agensi media terbabit sebagai lidah rasmi Kerajaan Negeri.

“Ia pastinya memberi kelebihan apabila hebahan media tersiar menerusi SelangorKini dan TVSelangor mengenai perkembangan dan perlawanan membabitkan Red Giants dalam kejohanan bola sepak tempatan serta antarabangsa termasuk pembangunan bola sepak Selangor.
 
“Satu jawatankuasa juga dibentuk bagi melancarkan gerak kerja dan proses penyiaran berita,” katanya.
 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan itu mempengerusikan mesyuarat berhubung perkara terbabit di sini.
 
Beliau berkata, pihaknya akan membuat garis panduan berkaitan perkara itu bagi kemudahan semua termasuk media.
 
Selangor dijangka mengadakan majlis pelancaran pasukan bagi Liga Super musim ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, pada 6 Februari ini.
 
“Ia majlis memperkenalkan pegawai, pemain dan semua dalam pasukan termasuk perkara berkaitan seperti jersi dan lagu rasmi Red Giants,” katanya.
 
- selangorku.com