MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Selangor

Selangor buru Ronaldinho

Penyerang berbisa PKNS FC, Patrick Ronaldinho kini menjadi pilihan utama Selangor musim depan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Guilherme de Paula.

Penyandang Piala Malaysia 2015 itu juga sedang berusaha mendapatkan khidmat seorang lagi pemain import yang dikatakan beraksi di liga Arab Saudi bagi memenuhi empat kuota pemain import mereka.
 
Bagimanapun pengurus pasukan The Red Giants, Amirudin Shari menjelaskan status berkenaan dua pemain import Selangor dijangka diketahui dalam masa terdekat selepas Robert Cornthwaite dan Andik Vermansyah sah kekal bersama pasukan itu.
 
Dia turut mengesahkan telah mengadakan perbincangan dengan Ronaldinho untuk dibawa ke Selangor.
 
Selangor kini agresif memperkuatkan pasukannya untuk menghadapi saingan musim depan selepas mendapatkan khidmat empat pemain tempatan dari Pahang termasuk Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid (penjaga gol), Mohd Razman Roslan (pertahanan) dan dua pemain tengah R Gopinathan serta Mohd Hafiz Kamal.
 
Malah, Selangor juga akan mendapatkan khidmat bekas jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan bagi menggantikan Mehmet Durakovic.
 
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pula terus bermain teka-teki dengan Amirudin hanya menyatakan status jurulatih The Red Giants akan diumumkan dalam masa terdekat ini.
 
- malaysiagazette