MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Selangor

Selangor waspada Tok Gajah

 

Razman yang berhijrah ke Selangor musim ini di samping tiga lagi pemain utama Pahang iaitu Khairul Azhan Khalid, Hafiz Kamal dan R Gopinathan selain jurulatihnya Zainal Abidin Hassan dijangka tidak berdepan masalah untuk membawa pulang tiga mata berharga dari kandang lawan.

Bukan mahu menafikan keupayaan skuad kendalian Shaharuddin Rosdi tetapi dengan pengalaman hampir empat musim Zainal membimbing Pahang nyata segala rahsia bekas majikannya itu ada di dalam kocek pengendali berusia 55 tahun itu.

Bagaimanapun, Razman yang sudah mengecap pelbagai kejuaraan bersama Pahang selama tiga musim di sana mengakui bukan mudah untuk menundukkan tuan rumah terutama apabila mereka beraksi di depan penyokong sendiri.

“Setengah orang anggap pasukan Pahang lemah, tapi saya juga bekas pemain Pahang tahu kemampuan pemain yang masih ada, nak cakap kelebihan tak juga.

“Pahang dianggotai ramai pemain baru maka agak sukar untuk kami menilai kekuatan sebenar mereka ketika ini. Ditambah dengan beberapa pemain muda yang ada kualiti jadi saya rasa kami tidak boleh pandang rendah.

“Bagi saya ancaman terbesar adalah jentera serangan mereka di samping penyokong tuan rumah yang mampu menaikkan melonjakkan semangat pemain ketika di padang.

“Jadi saya berpendapat cabaran pasukan Pahang juga getir dan harap pemain yang akan diturunkan kelak beri fokus 100 peratus pada aksi itu nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Stadium Mini, di sini, semalam.

Jelas tonggak pertahanan tengah itu lagi, misi utama pasukannya nanti adalah untuk kemenangan sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Selangor di kelompok teratas liga.

“Kami hanya mahukan tiga mata menentang Pahang nanti dan nampaknya rakan sudah bersedia untuk menyahut misi penting itu,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro